Saksikan filem TANDA PUTERA untuk mengetahui lakonan semula sejarah di Tanah Melayu

Friday, 8 November 2013

PKM and EMERGENCY!

3.1 Penyusupan Dan Kegiatan Pengganas Komunis

Fahaman Komunis (Karl Marx) – fahaman yang menentang golongan feudal dan imperialis untuk digantikan dengan fahaman komunis yang mendakwa perjuangkan. Masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah dan perindustrian.

Cara penyusupan

1. menyebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina
2. melaluikesatuan sekerja
3. persatuan-persatuan
4. kelas-kelas malam dan penerbitan
5. orang Melayu menerusi PKI tetapi gagal. 




Penubuhan PKM(1930 )Bertujuan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada tahun 1935 jadi semakin aggresif dengan melancarkan mogok, sabotaj dan tunjuk perasaan. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah bekerjasama dengan British menentang Jepun.Mereka telah membentuk MPAJA. Selepas tamat Perang Dunia Kedua , PKM setuju membubar MPAJA tetapi tidak menyerahkan kesemua senjata dan mula menyusup dalam kesatuan sekerja.



Keganasan Komunis (untuk capai matlamatnya)Komunis telah menyerang ladang/lombong milik Eropah. Mereka juga telah menyerang balai polis , membakar kilang , merosakkan landasan kereta api dan membunuh orang yang disyaki bersubahat dengan pihak British



3.2 Langkah Membanteras 00Ancaman Komunis .

1.Pengisytiharan Darurat -1948(Undang-undang Darurat).Pengharaman Parti Komunis . Malaya(23Julai 1948) dan Parti Berhaluan Kiri (AWAS,PETA, PERAM, PKMM dan Hizbul Muslimin. 

2.Memperbesar Pasukan Keselamatan. Pasukan polis ditambah sehingga 70,000 orang.British telah membawa masuk askar negara Komanwel (Australia, New Zealand, Afrika Timur dan Fiji). Menubuhjan Pasukan Home Guard.

3.Rancangan Briggs (1950). Melalui penempatan semula penduduk pinggir hutan ke kampung baru bertujuan menyekat bantuan mereka (Min Yuen)kepada pihak komunis.“Gerakan Kelaparan”,sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan.



4.Perang Saraf,Kempen “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat”Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis” Konsep “kawasan hitam” dan“kawasan putih” diperkenalkan.

5.Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi menarik sokongan kaum Cina .Jumlah hadiah ditingkatkan. Timbulkan perasaan benci terhadap komunis

6.Pengampunan Beramai-ramai , 40 juta risalah / 12 juta pas pengampunan diedarkan Radio siar syarat pengampunan - Pertemuan Baling telah diadakan. Pengaruh Komunis semakin lemah setelah Tanah Melayu capai kemerdekaan . Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960