(1) Tamatnya Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu
1. TM dikuasai oleh Parti Komunis Malaya (PKM)
2. Pentadbiran Tentera British–selamatkan keadaan huruhara
3. PTB bercorak ketenteraan
(2) Keganasan PKM 14 hari
1. Jepun meninggalkan TM–berlaku kekosongan politik
2. PKM kuasai TM melalui MPAJA selama 14 hari.
3. MPAJA dikenali tentera Bintang Tiga.
4. MPAJA kuasai bandar, balai polis, pejabat kerajaan.
5. MPAJA jatuhkan hukuman sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun.
6. Cukai kepala, cukai harta, cukai tanah diperkenalkan.
7. Menculik dan menyeksa yg bersubahat dengan Jepun.
8. Menghukum penduduk yg menganiayai orang Cina semasa pemerintahan Jepun.
9. Merampas harta benda orang kampung
10. Di Batu Pahat, PKM bunuh penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun.
11. Seorang Pegawai Daerah cuba berunding dengan PKM dibunuh.
12. Di Jelebu, masjid dan surau telah dicemarkan.
13. Di Kg Bakor dan Sg Manik, Perak, – rumah.dibakar
14. Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM terdiri daripada orang Cina.
15. Orang Melayu bangun menentang PKM
16. Berlaku huru hara.
17. Orang Melayu pimpinan Kiai Salleh Karim bergabung tenaga utk serang Cina di Bandar Batu Pahat.
18. Dato’ Onn Ja’afar, Pegawai Daerah Batu Pahat menghalang serangan tersebut.
19. Ketegangan kaum diatasi oleh Pentad Tentera British.
(3) Pentadbiran Tentera British (PTB)
1. Diketuai Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Sir Ralph Hone.
3. Tujuan PTB – melaksanakan pentadbiran peralihan sebelum pentadbiran awam diperkenalkan.
4. Antara kejayaan PTB;
- Menghapuskan penguasaan PKM- Memujuk PKM & MPAJA menyerahkan senjata.- Memberhentikan pergaduhan antara kaum- Mewujudkan keamanan- Menegakkan undang-undang.
5. Setelah PTB berjaya mengamankan Tanah Melayu, British melaksanakan pentadbiran Malayan Union.
(4) Malayan Union
1. Diisytiharkan oleh British pada 1 April 1946
2. di King’s House (Carcosa Seri Negara), KL
2. Gabenor pertama – Sir Edward Gent.
(a) Tujuan Penubuhan Malayan Union
1. Membentuk bangsa Malayan Union supaya golongan imigran menumpukan kesetiaan
2. Kawal kuasa politik Melayu yang bekerjasama dgn Jepun
3. Jimat perbelanjaan – Negeri Selat, Negeri-Melayu Bersekutu & Negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan
4. Jamin penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu (pengeluar bijih timah dan getah)
5. Pastikan sumbangan golongan imigran sebagai sumber tenaga kerja dan pelabur tidak terjejas.
6. Kukuhkan pertahanan British
7. Wujudkan pentadbiran yang cekap dan seragam.
8. Sediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri.
(b) Ciri-ciri Malayan Union
1. Mengubah status Tanah Melayu dari negeri naungan kepada Tanah Jajahan Mahkota.
2. Pentadbiran bersifat kesatuan.
3. Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan dua buah Negeri Selat iaitu negeri Pulau Pinang dan Melaka digabungkan
4. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk.
5. Diketuai gabenor British
6. Gabenor dilantik oleh Raja England.
7. Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli.
8. Raja jadi ahli Majlis Melayu -bincang soal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
9 Pesuruhanjaya Negeri bagi setiap negeri
10. Parlimen British – pemutus undang-undang.
(c) Bentuk pentadbiran Malayan Union
(d) Faktor penentangan terhadap Malayan Union
1. Penghapusan kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu;
- Raja Melayu – ahli Majlis Raja Melayu tanpa kuasa.- Kehilangan takhta dan maruah sebagai pelindung orang Melayu.- Pungutan zakat di bawah kuasa gabenor British
2. Tamadun orang Melayu terhakis;
- Sistem beraja, Bahasa Melayu & tulisan Jawi terhakis.- Ketuanan Melayu tercabar- Orang Melayu bimbang kehilangan tanah air.
3. Kerakyatan yang terlalu liberal;
- Kerakyatan jus soli ancam status quo orang Melayu sebagai peribumi.- Jumlah orang Melayu menjadi kecil akibat kemasukan golongan imigran
4. Membantah tindakan Sir Harold MacMichael;
[sumber : http://cikguazid.com/nota-sejarah-ting-3/bab-2-malayan-union-dan-persekutuan-tanah-melayu/]- Mengancam menurunkan raja-raja Melayu daripada takhta sekiranya baginda tidak menerima Malayan Union.- Raja Melayu tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri atau penasihat baginda seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.