Saksikan filem TANDA PUTERA untuk mengetahui lakonan semula sejarah di Tanah Melayu

'Tanda Putera'



Poster Filem-Tanda Putera.jpg

Filem ini mengisahkan tentang persahabatan yang akrab di antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak (lakonan Rusdi Ramli) dan Timbalannya, Tun Dr. Ismail (lakonan Zizan Nin) yang terpaksa berahsia serta mengetepikan masalah kesihatan yang dihadapi masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran daripada tercetusnya peristiwa hitam pada 13 Mei 1969. Tun Abdul Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarganya tertekan. Beliau juga bimbangkan keselamatan negara pada ketika itu. Mereka berdua juga telah berkongsi doktor melalui Dr. Macpherson (lakonan Ali Steven Shorthose). Bilik bacaan di rumah Tun Dr. Ismail telah dijadikan klinik rahsia untuk rawatan mereka tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr. Ismail sendiri.
Mereka memiliki aura yang kuat serta kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah (lakonan Ika Nabila), tenaga pengajar Kara (lakonan Kavita Sidhu), dan seorang anak muda Zaman (lakonan Ahya U). Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail telah mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.
Apabila mengetahui penyakitnya akan membawa maut dalam masa dua tahun, Tun Abdul Razak bersyukur kerana rakan baiknya iaitu Tun Dr. Ismail yang juga dianggap sebagai orang kepercayaannya, bersifat jujur dan berintegriti akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Tun Abdul Razak juga yakin Tun Dr. Ismail akan dapat menunaikan janji untuk menjaga keluarganya nanti. Tetapi, apabila terjadinya perkara yang tidak disangka-sangka olehnya, Tun Abdul Razak mendapat kejutan besar yang hampir memudaratkan lagi kesihatannya.
Beliau telah mula mengejar masa untuk melaksanakan pelbagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan negara. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai ancaman daripada pihak komunis yang menyasarkan pembunuhan pemimpin tertinggi daripada jabatan polis. Krisis ini telah menjadi teruk apabila berlakunya pembunuhan Ketua Polis Negara (lakonan Norman Hakim) diikuti pembunuhan Ketua Polis Perak, keadaan menjadi semakin meruncing.
Tun Abdul Razak telah mengambil langkah yang lebih berani dengan membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walaupun dia dikecam oleh kuasa barat dan negara sekutu. Dalam masa yang singkat, Tun Abdul Razak telah membawa rakyat yang miskin seperti keluarga Zarah dan Zaman untuk keluar dari tahap kemiskinan tegar. Tun Abdul Razak juga telah menanam semangat baru di dalam diri Zaman, Zarah serta rakan-rakan mereka.
Namun, perjuangan Tun Abdul Razak berakhir di sebuah klinik di London ketika rakan-rakannya di Malaysia sedang berusaha memenuhi permintaannya untuk berjumpa anak bongsunya, Nazir buat kali terakhir. Selepas itu, semua rakyat di Malaysia telah mengejar masa untuk menyediakan klinik udara bagi membawanya pulang ke tanah air.


Pelakon Utama

  • Rusdi Ramli sebagai Abdul Razak bin Hussein (kini bergelar "Tun")
  • Zizan Nin sebagai Ismail bin Abdul Rahman (kini bergelar "Tun" dan "Dr.")
  • Faezah Elai sebagai Rahah binti Mohammad Noah (kini bergelar "Tun")
  • Linda Hashim sebagai Norashikin binti Mohd. Seth (kini bergelar "Toh Puan")

Pelakon Pembantu Watak Utama

  • Kavita Sidhu sebagai Kara
  • Riezman Khuzaimi sebagai Sarjan Aman
  • Kuza sebagai Maimon
  • Zaefrul Nordin sebagai Koperal Musa
  • Ika Nabila sebagai Zarah
  • Zoey Rahman sebagai Johan
  • Ahya U sebagai Zaman
  • Alan Yun sebagai Allen

Pelakon Pembantu

  • Kamarulzaman Taib sebagai Y. T. M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
  • Norman Hakim sebagai Mohammed Hanif bin Omar / IGP Hanif (kini bergelar "Tun")
  • Sakhee Shamsuddin sebagai Mohd. Najib bin Abdul Razak (kini bergelar "Dato' Sri")
  • Razif Hashim sebagai Ahmad Johari bin Abdul Razak
  • Ismaizal Yusoof sebagai Mohamed Tawfik bin Ismail
  • Ali Steven Shorthose sebagai Dr. Macpherson