Saksikan filem TANDA PUTERA untuk mengetahui lakonan semula sejarah di Tanah Melayu

Sunday, 10 November 2013

Colosseum


Colosseum (nama asalnya Flavian Amphitheatre) ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72, dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus. Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.

Fail:Colosseum-2003-07-09.jpg

 Colosseum digunakan sehingga tahun 217, meskipun telah rosak akibat kebakaran kerana disambar petir. Colosseum telah dibaiki pada tahun 238 dan menjadi tempat pertunjukan gladiator sehingga ia secara beransur-ansur dihentikan.

Bangunan ini kemudian digunakan untuk menyimpan perbagai jenis binatang sehingga tahun 524. Dua gempa bumi yang berlaku pada tahun 442 dan 508 menyebabkan kerosakan teruk pada struktur bangunan tersebut. Semasa Zaman pertengahan, Colosseum mengalami kerosakan yang lebih teruk sekali lagi disebabkan oleh gempa bumi pada tahun 847 dan 1349.

 Fail:Lightmatter colosseum.jpg

Banyak batu marmar digunakan untuk melapisi dan membangun kembali bagian-bagian Colosseum yang telah rusak karena terbakar. Pada abad 16 dan 17, keluarga-keluarga Roman menggunakan Colosseum sebagai tempat pengambilan batu marmar untuk pembinaan bangunan Basilika St. Peter dan kediaman khusus palazzi, keluarga Roman.

Di tahun 1749, ada sebuah bentuk dari pemeliharaan Colosseum. Paus Benedict XIV melarang untuk menggunakan Colosseum sebagai tempat perlombongan. Di tahun 2000 ada sebuah protes keras di Itali dalam rangka menentang penggunaan hukuman mati untuk negara-negara di seluruh dunia (di Itali, hukuman mati dihapuskan pada tahun 1948). Beberapa tunjuk perasaan memakai tempat di depan Colosseum. Sejak saat itu, sebagai sebuah isyarat menentang hukuman mati tersebut, penduduk tempatan mengganti warna Colosseum di malam hari dari putih menjadi emas dengan menggunakan penerangan berupa lilin dan lampu neon sampai pada saat di mana seluruh dunia menghapuskan tindakan penghukuman mati itu.




[sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Colosseum]